Rabu, 09 Desember 2009

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN 2

2. Definisi Multimedia

Multimedia merupakan gabungan data, suara, video, audio, animasi, grafik, teks dan bunyi-bunyian yang mana gabungan elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer.

Menurut Gayeski, D.M. (1992) "Multimedia ialah satu sistem hubungan komunikasi interaktif melalui komputer yang mampu mencipta , menyimpan , memindahkan, dan mencapai kembali data dan maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, dan sistem audio."

Jeffcoate (1995) mendifinisikan Sistem Maklumat Multimedia sebagai suatu sistem yang menggunakan pelbagai kaedah berkomunikasi (atau media).

Menurut Phelps (1995) pula, multimedia adalah kombinasi teks, video, suara dan animasi dalam sesebuah perisian komputer yang interaktif.

Schurman (1995) mendefinisikan multimedia sebagai kombinasi grafik, animasi, teks, video dan bunyi dalam satu perisian yang direka bentuk yang mementingkan interaksi antara pengguna dan komputer. Komputer yang mempunyai perkakasan berupaya untuk melaksanakan perisian multimedia atau disebut juga sebagai komputer multimedia.

Menurut Collin, Simon (1995), "….Multimedia merupakan sebuah persembahan, permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video, pemaincakera video, pemacu CD-ROM, synthesizer dan juga kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ia disebut ssebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza, maka ianya disebut sebagai multimedia interaktif…"

Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa multimedia itu adalah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer yang direka bentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif sesebuah komputer.

3. Sejarah Perkembangan Komputer Multimedia

Multimedia bukanlah merupakan satu teknologi baru. Agak sukar untuk menyatakan siapakah yang mempelopori penggunaan istilah ‘multimedia’. Terdapat beberapa andaian yang membawa kepada apa yang dikenali sebagai komputer multimedia.

"Microsoft Corp." telah lama bergiat untuk meneroka bidang teknologi terkini. Mereka merupakan organisasi pertama yang menganjurkan persidangan yang berkaitan dengan CD – ROM iaitu dalam tahun 1984. Persidangan itu dianjurkan kerana Microsoft Corporation mempunyai wawasan kepelbagaian gunaan perkakasan khususnya dalam storan maklumat pukal dengan kos yang murah. Pada ketika itu penggunaan yang berasaskan teks sahaja dimanfaatkan dan teknologi baru ini masih belum lagi boleh dianggap sebagai perisian multimedia lagi.

Sejarah perkembangan multimedia bermula apabila IBM mengeluarkan

IBM PC-AT pada tahun 1984. Ia merupakan komputer pertama yang menggunakan mikropemproses intel 80286. Di akhir 1980an Apple telah mengeluarkan perisian Audio

Visual Connection (AVC) dan penggunaan kad video untuk PC/2. Sejak itu semua perkakasan dan perisisan berorientasikan multimedia. Pada 194 adalah dianggarkan lebih 700 juta produk multiedia dan sistemnya berada di pasaran.

Di Malaysia, teknologi terkini daripada negara luar menguasai pasaran luar menguasai pasaran tempatan. Namun demikian teknologi multimedia di Malaysia telah dikenalpasti sebbagai bidang utama yang akan dibangunkan dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Matlamat utama negara ialah untuk membangunkan satu industri multimedia yang akan menghasilkan keluaran dan perkhidmatan bagi keperluan pasaran global dan serantau.

Kemunculan Windows 3.0 dalam bulan Mei 1991, telah memperkenalkan penggunaan grafik untuk komputer. Kemunculannya telah mengubah cara penggunaan perisian kerana ia lebih bersifat interaktif. Windows 3.0 telah mengubah konsep penggunaan komputer yang dahulunya dianggap seperti mesin taip kepada satu alat yang dapat menyampaikan mesej dalam pelbagai media.

Awal tahun 1992, Microsof telah memperkenalkan versi baru Windows 3.0 yang mempunyai fungsi multimedia. Fungsi baru yang diperkenalkan ini telah membuka pintu bagi pengaturcara-pengaturcara meneroka bidang bunyi digital, grafik dan visual. Versi ini kurang mendapat sambutan kerana kosnya yang mahal dan tinggi.

Kesan daripada kurangnya sambutan pada versi baru yang mula diperkenalkan iaitu Windows 3.1, beberapa fungsi tambahan dimasukkan seperti bunyi audio, MIDI dan Joystick. Versi ini dianggap dapat menembusi pasaran dan minda pengguna multimedia kerana adanya fungsi tambahan tersebut. Pada bulan November 1991, "Multimedia Marketing Council", telah mengumumkan satu piawaian iaitu "Multimedia Personel Computer" (MPC). Tujuannya adalah untuk menetapkan satu garis panduan kepada pengeluar-pengeluar perkakasan komputer peribadi agar mendapat status komputer multimedia. Selain itu juga memudahkan pengguna-pengguna memperolehi komputer multimedia yang menepati piawaian yang sah.

Pada bulan Ogos 1996, suatu Persidangan dan Pameran Multimedia Asia telah diadakan. Ia telah berjaya menarik minat para profesional perniagaan antarabangsa, ahli-ahli teknologi, pakar-pakar pendidikan dan lain-lain profesional dalam bidang industri komputer, hiburan, maklumat, penyiaran, kabel dan telekomunikasi datang menyumbang idea serta meneroka idea baru. Infotech 95dan 96, Multimedia Asia dan Simposium Digital Age 96 adalah di antara persidangan pameran yang menggunakan teknologi persidangan video iaitu salah satu daripada penggunaan teknologi multimedia terkini.

Sebelum wujudnya komputer, multimedia pada zaman dahulu dikenali sebagai komputer "Monomedia". Ciri Monomedia ialah ia mempunyai satu media sahaja yang digunakan ketika persembahan sama ada teks atau grafik. Teknologi monomedia telah lama wujud seiring perkembangan komputer pertama di dunia iaitu ENIAC 1946. Paparan maklumat pada ketika itu ialah dalam bentuk kad-kad tebuk. Selepas itu kepada komputer yang memaparkan text, grafik dan baru kepada komputer multimedia di era ini.

Pada masa sekarang setiap pembelian komputer akan dilengkapi dengan multimedia. Komputer multimedia telah menjadi alat komunikasi yang dapat menyampaikan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran secara kendiri. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Bidang dan aplikasi multimedia yang dikenalpasti ialah penerbitan elektronik, uthoring tool, pempakejan, pengindukan cakera, penukaran data, pengurusan dokumen, video digital dan pemampatan audio visual (A\V), animasi dan penterjemah 3D, penyutingan penerbitan meja, realiti maya, penyedia perkhidmatan dalam-talian, perniagaan Internet, transmisi satelit, penyedia rangkaian (Rangkaian Setempat - LAN dan Rangkaian Sejagat-WAN), kabel, pelayan video dan perisian yang berkaitan.

0 komentar:

MAU SOAL MATEMAMATIKA DAN PENYELESAIANNYA?

http://www.soalmatematik.com/?id=samensasono

MAU NYIMPAN FILE DI ZIDDU....?

Labels

IP Address

IP

Tamu

MARI BERGABUNG