Rabu, 09 Desember 2009

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN 4

7. Pembelajaran Berbantukan Komputer

Selain daripada penggunaannya dalam operasi-operasi semasa, komputer multimedia juga boleh menjadi ‘tutor’ yang berkesan. Oleh itu, komputer selalunya digunakan dalam bentuk tutorial. Dalam tutorial, struktur berikut berlaku :

a. Pelajar didedahkan kepada isi pelajaran
b. Maklumat disimpan secara logik dalam ingatan
c. Mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara
berkesan suatu masa kemudian

Penggunaan kaedah PBK dapat membantu pelajar lebih memahami dan seterusnya mampu menyampaikan mesej dan maklumat yang lebih kompleks hasil intergrasi teks, grafik, audio dan video. Kelebihan multimedia ialah pada sifatnya yang interaktif. Sifat ini menghidupkan suasana pembelajaran dua hala yang menarik dan efektif.


8. Sumber Maklumat Dan Pangkalan Data

Sistem komputer multimedia adalah merupakan satu sumber maklumat atau pangkalan data yang disediakan untuk semua pengguna dengan pelbagai jenis maklumat dan pelbagai gaya penyampaian. Pangkalan data juga sering disebut sebagai perisian hiperteks atau hipermedia yang merupakan teknologi maklumat baru yang membina, menyimpan dan menyebarkan maklumat yang banyak. Hiperteks mempunyai timbunan teks yang diprogramkan dalam komputer secara tidak linear-teks yang bercabang diakses mengikut pilihan pengguna dan boleh dibaca secara interaktif.

Hipermedia pula mengandungi teks dan grafik serta mempunyai kesan bunyi, animasi dan visual bergerak dan kaku yang dikendalikan dan dikawal oleh komputer mikro. Maklumat dalam komputer disimpan dalam cakera padat, cakera video, CD-ROM.Maklumat ini juga boleh disalurkan kepada pengguna lain melalui rangkaian yang mungkin boleh diwujudkan sebagai satu persekitaran. Hiperteks dan Hipermedia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif dan sangat berkesan.


9. Bahan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat banyak perisian-perisian multimedia yang berada di pasaran dan ada di antaranya sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya aktiviti pengkayaan. Perisian-perisian ini biasanya mengintergrasikan teks, grafik, audio dan video dalam mempersembahkan mesej dan ia amat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif. Cirinya yang interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek individu.


10. Sebagai Alat Bantu Belajar dan Mengajar

Komputer akan bertindak sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, komputer akan memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan pemikiran beraras tinggi dan penyelesaian masalah. Peranan ini hanya akan berkesan apabila guru membuat perancangan dari isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran. Setelah itu guru harus memindahkan bahan ini kepada bentuk yang difahami oleh komputer. Guru akan merancang aktiviti-aktiviti pengayaan berkomputer yang sesuai. Di dalam akitiviti ini murid-murid akan menggunakan komputer dan perisian aplikasi yang sesuai sebagai satu alat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan memahami isi pelajaran.


11. Ciri-ciri Perisian Kursus Multimedia Dalam Pendidikan

Penggunaan perisian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu asing di Malaysia. Namun begitu pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti :



Memenuhi Keperluan Pengguna

Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan. Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.

Interaktif

Perisian multimedia mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam situasi dua hala. Ia perlu mempunyai unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat.

Sumber maklumat atau data

Perisian multimedia perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari maklumat yang diperlukan. Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia.

(Encarta, Grollier & Britanica).

Menghibur dan berinformasi

Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah jika interaksi berlaku sehala sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu perisian multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam bentuk yang menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu perisian multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang hendak disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan.

Menglibatkan Penggunaan Pelbagai Deria Pengguna

Setiap perisian yang hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio, visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai deria pengguna. Penyampaian maklumat melalui teks adalah kurang berkesan jika dibandingkan dengan teks dan grafik.


12. Multimedia Dalam Internet

Perkembangan penggunaan internet semakin bertambah. Mengikut laporan Parlimen dari Kementerian Pos dan Telekom Malaysia pertambahan pendaftaran pengguna internet dengan Jaring dan TM Net telah meningkat. Ini menggambarkan betapa internet semakin memberi banyak manfaat kepada seseorang.

Penggunaan multimedia masa kini semakin berkembang bidangnya. Kini kita boleh menggunakan internet untuk mempersembahkan perisian multimedia di seluruh dunia. Dengan menggunakan ‘World Wide Web’ (WWW), kita boleh menghantar program multimedia dalam lebuhraya maklumat.

Bagi pencipta-pencipta Laman Web mereka boleh memperkenalkan sesuatu hasilan mereka yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang yang memasuki lamannya. Guru dan pelajar juga dapat mencari pelbagai maklumat dan boleh bertukar maklumat dengan rakan yang lain sama ada dalam negara mahupun luar negara. Selain daripada itu animasi dan bunyi juga dapat dihantar ke serata dunia.


13. Cabaran Multimedia Masa Depan

Banyak cabaran akan muncul dalam usaha menwujudkan suatu sistem pendidikan lebih interaktif. Cabaran pertama ialah kos telekomunikasi tidak berubah dalam tempoh 20 tahun, walaupun kos kabel gentian optik dan perkakasan yang berkaitan telah turun dengan amat nyata sekali.

Cabaran seterusnya ialah menyediakan kandungan pengajaran dan pembelajaran tempatan dalam rangkaian. Komputer rangkaian boleh bertindak sebagai penghubung kepada badan maklumat yang luas dalam ruang angkasa siber. Dengan adanya teknologi Java yang tidak bergantung kepada perkakasan, perisian dan vendor, maka komputer rangkaian boleh ditingkatkan lagi ke berkesanannya. Komputer rangkaian dan web menjadi alat utama untuk pendidikan masa hadapan. Dalam pada itu, perlumbaan untuk menghasilkan komputer rangkaian di kalangan banyak syarikat akan menurunkan harga peralatan tersebut, maka ia akan lebih mampu diperolehi.

Selain daripada itu cabaran multimedia masa depan hanyalah terhad kepada daya imaginasi seseorang. Multimedia bukan sahaja dapat digunakan dalam bidang pendidikan, malah dapat dimanfaatkan dalam dunia perniagaan, hiburan dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian dalam sesuatu bidang. Cabaran multimedia haruslah dilihat dari sudut positif yang mana penciptaannya nanti adalah untuk mambantu mempercepatkan sesuatu proses kerana masa akan datang faktor masa menjadi begitu penting kepada setiap orang......Bersambung......

0 komentar:

MAU SOAL MATEMAMATIKA DAN PENYELESAIANNYA?

http://www.soalmatematik.com/?id=samensasono

MAU NYIMPAN FILE DI ZIDDU....?

Labels

IP Address

IP

Tamu

MARI BERGABUNG