Rabu, 09 Desember 2009

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN 3

4. Spesifikasi Komputer Multimedia Terkini

Bagi sesebuah komputer multimedia mestilah mempunyai beberapa spesifikasi yang telah ditetapkan agar ia menepati ciri-ciri yang tertentu melalui satu set ujian piawaian yang dikenali juga ‘Multimedia Personel Computers (MPC). Mereka yang bertanggungjawab bagi menetapkan piawaian tersebut terdiri dari satu konsortium pengeluar-pengeluar PC yang bergelar ‘Marketing Council’. Ciri-ciri yang diutamakan bagi sesebuah komputer multimedia boleh dibahagi kepada dua iaitu :
i. Perkakasan
ii.Perisian

Peralatan-peralatan atau spesifikasi yang diperlukan dan yang perlukan bagi sesebuah komputer multimedia seperti di bawah :-
a. Unit Pemproses Pusat ( CPU )
b. Bas ( BUS )
c. Slot Tambahan
d. Sistem Input / Output Asas ( BIOS )
e. Ingatan Capaian Rawak
f. SCSI
g. Monitor
h. Microfon dan Pembesar Suara
i. Pencetak
j. Tetikus
k. Pengimbas
l. Modem ( Modulator Demodulator )
m. Kad Antaramuka
MPEG ( Motion Pictures Experts Group )
MIDI ( Musical Instrument Digital Interface )
n. Paparn Hablur cecair ( Liquid Crystal Display )
o. Pemacu CD ( CD-Room )
p. Cakera Padat
q. Kamera Video (Video Cmera )
r. Mesin Menjawab Panggilan Telefon ( Answering Machine )
s. Faksimili ( Faxs )


5. Perkembangan Multimedia Dalam Pendidikan

Dalam bidang pendidikan di Malaysia , Multimedia mula diperkenalkan melalui Projek Pengajaran Pebelajaran Berbantukan Komputer atau COMIL (Computer Integrated Learning Syistem) pada tahun 1992. Perisian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik digunakan bertujuan untuk mengatasi kelemahan pelajar. 1997 merupakan tahun pertama bagi pelajar tingkatan satu sekolah-sekolah projek yang mempunyai Makmal Komputer dan 21 buah komputer multimedia akan mengambil matapelajaran Literasi Komputer.

Refomasi sistem pendidikan yang diselaraskan dengan wawasan 2020 serta penubuhan Sekolah Bestari pada 1998 yang berorientasikan teknologi multimedia merupakan langkah awal bagi tujuan merealisasikan kurikulum futuristik.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Universiti Malaya telah memperkenalkan Pengajian Jarak Jauh dengan menggunakan sidang video. Sistem Aplikasi Teleperubatan Universiti Malaya akan dihubungkan terus dengan Bandaraya Bistari Putra Jaya.

Cadangan penubuhan Universiti Multimedia adalah satu cadangan yang menunjukan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjayakan sistem pendidikan yang futuristik. Universiti Multimedia menawarkan kursus-kursus bagi mengeluarkan tenaga mahir, separa mahir, dan memberi pendidikan kepada pelajar aliran sains yang akan dilatih khusus dalam pembangunan multimedia dan teknologi maklumat.

Langkah menggunakan multimedia dalam pendidikan merupakan satu strategik terkini daam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran berkomputer bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

i. Encarta ’97

ii. The Planets

iii. Eyewitness Encyclopedia of Science

iv. My First Incredible Amazing Dictionary

v. Internal Medicine dan lain-lain .

Pelbagai perisian yang disediakan untuk membina modul, antara perisian tersebut ialah :-

i. Authorware

ii. ComIL Delima

iii. Quick Basic

iv. Visual Basic dan lain-lain


6. Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan

Di era teknologi maklumat ini komputer adalah satu komponen yang penting dalam komunikasi harian bagi setiap orang dalam semua bidang seperti perniagaan, perubatan, undang-undang, penyelidikan, pentadbiran dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga di dalam dunia pendidikan komputer adalah satu agen yang dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga kecekapan pentadbiran dalam organisasi pendidikan itu sendiri. Adalah menjadi ketinggalan zaman sesebuah negara meninggalkan teknologi ini yang telah terbukti keberkesanannya.

Teknologi baru seperti multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Selain dari itu guru-guru dan pelajar tidak terikat dengan kaedah pengajaran konvensional dan mereka boleh meneroka ke dunia baru dan berinteraksi dengan negara lain dalam multimedia.

Multimedia merupakan satu teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan maklumat. Satu contoh yang baik ialah penggunaan multimedia di dalam bilik darjah. Kajian yang telah dilakukan di 200 buah sekolah di Atlanta mengenai penggunaan multimedia (Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia) di dalam bilik darjah berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Kumpulan kawalan terdiri dari mereka yang belajar dengan kaedah kuliah biasa sementara kumpulan berbandingan pula menggunakan media interaktif dan arahan berdasarkan komputer. Kaedah pengujian dan pemerhatian digunakan untuk menilai keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati kemahiran, pengetahuan dan tahap kefahaman yang dikuasai oleh kumpulan yang mengunakan multimedia adalah lebih tinggi dari kumpulan kawalan. (Bosco, 1986 ; Fletcher , 1989, 1990 ; Khalili & Shashaari, 1994).

Hasil dari kajian juga menunjukkan kadar pembelajaran dan penguasaan ilmu adalah berbeza di antara kumpulan kawalan dan kumpulan kajian. Pelajar yang didedahkan dengan multimedia didapati menguasai kemahiran tertentu dengan kadar 88% lebih cepat iaitu dalam masa 90 minit berbanding dengan kaedah biasa dengan kadar 745 minit tahap penguasaan. (Kulik, Bangert dan Williams, 1983).

Penggunaan multimedia dalam pendidikan sangat luas dan tidak terhad. Golongan pendidik harus melihat dari aspek positif mengenai keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di abad ke – 21 nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Penggunaan multimedia boleh dimanfaatkan dalam beberapa aspek dalam bilik darjah seperti :
a. Pembelajaran berbantukan komputer
b. Sebagai sumber maklumat/pangkalan data (sistem hipermedia)
c. Bahan aktiviti pengajaran pembelajaran sebagai alat bantu mengajar.

0 komentar:

MAU SOAL MATEMAMATIKA DAN PENYELESAIANNYA?

http://www.soalmatematik.com/?id=samensasono

MAU NYIMPAN FILE DI ZIDDU....?

Labels

IP Address

IP

Tamu

MARI BERGABUNG